August 5, 2011

Soto

Divert sikit cerita pasal rumah. Semalam menu buka puasa aku adalah soto. Bibik aku yg masak. Seriously sedap! Soto mmg favourite food aku skrg. Susah nak jumpa soto yg sedap kat kedai, tak faham aku sebab soto lah masakan yg paling senang dibuat.... Dulu zaman aku belajar dulu, rajin gak aku masak soto and ajak kengkawan makan. Kalau ajsk maksn doto kat rumah ni pun, mesti ada org tanye macam mana nak buat. So kat sini aku nak share the recipe, the simplest soto recipe ever.

Bahan-bahan utk 2-3 orang akan :

1. Ayam - ikut suka lah berapa byk nak pakai. Tapi kalau nk buat utk sekali makan, ideally pakai setengah ekor, utk dapat manis kuah nanti. And kalau boleh, biar lah ayam yg dipotong besar, senang nak dicarik nanti.
2. Bawang merah - 3 ulas, dihiris.
3. Bawang putih - 3 ulas, dihiris.
4. Mixture of rempah : bunga lawang, kayu manis & buah pelaga - separuh genggam.
5. Sebijik bawang besar - potong 4.
6. Kiub ayam - secukup rasa.
7. Garam - secukup rasa.

Cara memasak :
1. 2 liter air, dipanaskan dalam periuk.
2. Masukan ayam dan rebus selama 20-30 minit (lagi lama, lagi manis kuah nanti).
3. Masukan bawang besar yg dipotong 4 bersama-sama ayam tadi.
4. Masukan garam secukup rasa.
5. Selepas ayam sudah siap direbus, toskan ayam tadi.
6. Panaskan minyak di kuali, separately.
7. Tumiskan bawang yg telah dihiris, bersama rempah. Bila dah agak kuning, toskan bahan tumis tadi, dan dicampurkan bersama air rebusan ayam.
8. Campurkan sedikit kiub ayam, utk lebih sedap. Tapi if ayam dah byk, air rebusan tak perlu lagi dicampur kiub.
9. Ayam yg telah ditos tadi, lumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, dan digoreng. Selepas sejuk, carikan ayam tadi. Tulang2 ayam dimasukan semula ke dalam air rebusan.
10. Dah siap!!

Sambal kicap :
1. Cili api
2. Sedikit bawang putih.
3. Tumbuk kedua bahan di atas, campurkan dengan sedikit gula. Kalau suka, boleh campur sedikit asam limau atau cuka.

Accesories :
1. Taugeh yg direbus
2. Daun sup dan daun bawang yg dihiris
3. Kacang tanah yg digoreng
4. Bawang goreng
5. Soon goreng
6. Pregedel

Kalau emergency, item 2, 3, 5 dan 6 takde pun takpe. Yg penting kuah dah sedap. Tapi aku mesti ada taugeh, my favourite! Resepi pregedel akan dishare di lain waktu. Ada tugasan yg perlu diselesaikan....

Jgn lupa rebus nasi impit tau! Kalau kuah je, bukanlah soto namanya....


No comments:

Post a Comment